Pencapaian Azizan Osman

Hari ini, sebagai jurulatih dan penulis buku (bestseller), Azizan telah melatih lebih 700,000 peserta sepanjang program bersemuka (live event) dan lebih 800,000 peserta melalui program secara online sepanjang 2 tahun pandemik (2020-2021) yang membantu peserta beliau untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bisnes dengan ilmu yang diajar oleh beliau. Beliau telah membantu banyak perniagaan kecil dan sederhana mencapai jualan jutaan Ringgit Malaysia. Secara umum, Azizan dikenali sebagai Jurulatih Kejayaan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia.

Sebagai penganjur program terbesar di Asia untuk seminar dan program latihan dalam pembinaan sumber manusia dan keusahawanan, pada tahun 2012, The Malaysia Book of Records telah menganugerahkan Azizan dan pasukan beliau pengiktirafan sebagai penganjur program dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembinaan usahawan, pemasaran dan motivasi. Pada tahun 2014, lebih dari 140,000 peserta telah menghadiri seminar roadshow keusahawanan. Pada tahun 2020, lebih 11,000 peserta telah hadir ke program Nak Ubah Hidup di mana program ini telah disantuni dengan kehadiran Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadikan ianya rekod terbesar untuk jumlah peserta paling ramai dalam satu program pada satu masa.

Azizan meneruskan usahanya untuk memberi inspirasi dan mewujudkan fenomena luar biasa di Malaysia dengan meneruskan misi pembelajaran seumur hidup untuk mencapai kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, kasih sayang, ketenangan dan kesihatan dengan mengenali potensi diri dan keusahawanan. Kita telah lihat beberapa tahun ini, peningkatan minat rakyat Malaysia dalam menceburi bidang bisnes, pembinaan kekayaan dan peluang pelaburan yang berada di pasaran dalam dan luar negara.

Sebagai penulis yang diiktiraf, beliau telah menulis 10 buku terlaris iaitu

  • Magnet Kekayaan dan Kejayaan
  • Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan
  • Kuasai Pemasaran Facebook
  • 25 Formula Hidup Luar Biasa
  • Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya
  • Mudahnya Berniaga
  • Zero Kos Marketing
  • 100 Usahawan Jutawan – Satu Misi Bantu The Nation dan
  • Bangkit Bisnes Dari Krisis – Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital

Azizan juga telah menulis buku bersama Brian Tracy, seorang speaker bertaraf antarabangsa, penulis dengan rekod jualan terbaik, usahawan dan pakar kejayaan. Mereka menulis buku “Beat The Curve” yang telah dilancarkan pada 21 Januari 2016[4] di Amazon.com.

Azizan juga telah menghasilkan sendiri formula konsep pemasaran dan strategi bisnes yang dinamakan “M.E.S.T.I” di mana beliau berkongsi secara terperinci dengan peserta seminar.

Rujukan

WikiPedia: Azizan Osman https://ceoworld.biz/2021/04/29/business-growth-fo... https://www.bloomberg.com/press-releases/2021-06-2... https://dagangnews.com/richworks-bekerjasama-denga... https://www.forbes.com/sites/piasilva/2021/04/30/w... https://www.pressnewsroom.com/azizan-osman-hits-am... https://richworks.com/dao/ https://www.tatlerasia.com/the-scene/people-partie... https://www.thebrandlaureate.com/e-branding-awards... https://vulcanpost.com/681391/malaysia-entrepreneu... https://finance.yahoo.com/news/richworks-mentoring...